top of page

PIAGAM PELANGGAN SMK (FELDA) CHEMOMOI


Kami Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (FELDA) Chemomoi dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menunaikan hak:


1. PELAJAR

  • Mendapat pendidikan yang sempurna dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi membolehkan mereka belajar dengan efisien dan efektif.

  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, ceria dan selamat bagi merangsang pembelajaran.

  • Mendapat peluang bagi mengembangkan bakat dan potensi diri dengan mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang telah ditetapkan seminggu sekali pada setiap minggu.


2. ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

  • Mendapat kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan amalan perkhidmatan mesra pelanggan, bagi menghasilkan pengajaran yang berkualiti.

  • Mendapat kemudahan yang terbaik supaya mereka dapat menguruskan kerja dengan cekap, pantas, bijaksana, berkesan dan dinamik


3. IBU BAPA

  • Ibu bapa maklum dan menghormati jangka waktu yang diperuntukkan untuk mereka setiap kali berurusan dengan pihak sekolah (15-20 minit).

  • Ibu bapa harus bersikap sabar, bertimbangrasa, dan rasional semasa menunggu giliran mereka ketika berurusan dengan pihak sekolah.


4. MASYARAKAT

  • Mendapat khidmat sosial dan kepakaran profesionalisme berasaskan budaya penyayang daripada warga sekolah.


5. NEGARA

  • Membentuk modal insan yang berilmu, berfikiran rasional, berketerampilan, kreatif dan berakhlak mulia berasaskan kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan bagi menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.

© 2021 by SMK (FELDA) CHEMOMOI. 

bottom of page