top of page
clipart854188.png

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.


VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


 

 

MATLAMAT SMK (FELDA) CHEMOMOI

Melaksanakan semua dasar dan program Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan yang berkualti.


OBJEKTIF SMK (FELDA) CHEMOMOI

Mendidik dan membantu pelajar-pelajar memperkembangkan intelek, rohani, emosi dan jasmani demi melahirkan insan yang sempurna dan harmonis serta mampu bersaing.

Membina dan mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan kondusif.

Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar yang berpotensi, proaktif, kreatif dan kritis serta celik ICT.

Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat berdisiplin, berdikari, penyayang, harmonis, patriotik dan celik ICT.


MISI SMK (FELDA) CHEMOMOI


SMKFC MENUJU KE ARAH CEMERLANG
DALAM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 YANG BERFOKUS KEPADA KEMENJADIAN MURID, KUALITI DAN KEBEKESANAN PDPC
ABAD 21 MENJELANG 2021

15541964_1751606458433974_66193475378225

© 2021 by SMK (FELDA) CHEMOMOI. 

bottom of page